Temu Duga Di Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP)


 

Merujuk kepada iklan pada 4 Ogos 2025, Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) Urus Setia Sabah akan melaksanakan urusan temu duga bagi jawatan Pegawai Pengajian Tinggi (PPPT) Gred DH12 dan Gred DH9 lantikan secara kontrak ( interim ) di Sabah tahun 2025 pada 1 Oktober 2025

Calon boleh membuat semakan panggilan temu duga melalui pautan di SINI

Bagi calon yang menerima paparan mesej `Maaf! Anda tidak tersenarai untuk temu duga ini`, ia bermaksud calon tidak melepasi tapisan dan tidak disenaraikan untuk panggilan temu duga

Perhatian

1. Calon yang memiliki sijil kompetensi/sijil Professional diwajibkan membawa sijil asal beserta salinan semasa menghadiri sesi temu duga.

2. Calon yang memiliki pengalaman kerja diingatkan untuk melengkapkan ruangan `pengalaman kerja` pada borang Maklumat Calon yang dilampirkan

PERINGATAN

  • Keputusan Suruhanjaya adalah muktamad dan sebarang rayuan tidak akan dipertimbangkan
  • Sekiranya didapati calon mengemukakan maklumat palsu dan tidak memenuhi syarat seperti dalam iklan, SPP berhak untuk tidak menemu duga calon
Sebarang pertanyaan boleh diajukan melalui :

SPP USC SABAH - 088-488 521 / 522 / 523

Post a Comment

Previous Post Next Post

Popular Items

Jawatan Kosong Oil & Gas